Saturday, August 2, 2008

Sesi 5- Teori Konstruktivisme dan Perbincangan

Pada pandangan saya Teori Konstruktivisme ialah satu proses pembelajaran iaitu bagaimana pengetahuan itu disusun dalam bentuk pembelajaran yang lebih bermakna. Di sini pemindahan nilmu pengetahuan bukanlah daripada guru kepada guru tetapi lebih kepada bagaimana pelajar membina idea mengikut pengetahuan sedia ada mereka. Bagi menbantu murid membina konsep atau pengetahuan, guru perlu mebina struktur kognitif yang ada pada mereka. Apabila pengalaman dan pengetahuan yang baru berjaya diserap oleh pelajar barulah satu rekabentuk pemahaman yang baru dapat dibentuk.

Untuk nota kelas sila rujuk: http://adec.um.edu.my/code/mod/resource/view.php?id=10154.

Seterusnya tugasan diberi kepada setiap kumpulan untuk membincangkan tentang segala aspek dalam konstruktivisme iaitu

1. Apakah yang difahami tentang Konstruktivisme
2. Prinsip Konstruktivisme
3. Kaedah dan pelaksanaannya.

Semua ketua kumpulan telah membentang dan membincangkan aspek konstruktivisme ini di dalam kelas.

No comments: