Saturday, July 26, 2008

Sesi 4- Perbincangan Social Learning

Perbincangan dimulakan dengan penerangan oleh Ms. Chin mengenai Teori dalam Social Learning. Pada pandangan saya teori pembelajaran sosial adalah lebih kepada aspek peniruan yang merujuk kepada bagaimana pelajar memerhati, menyimpan pengetahuan, mengeluarkan apa yang mereka tahu dan mempunyai motivasi untuk belajar.

Untuk nota sila rujuk http://adec.um.edu.my/code/mod/resource/view.php?id=10154

Perbincangan dilanjutkan dengan para pelajar memberi pendapat masing-masing mengenai teori ini. Dalam sesi seterusnya para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan tajuk forum yang akan dibincangkan pada sesi yang akan datang.

Saturday, July 19, 2008

Sesi 2- Definisi Psikologi Pendidikan

Hari ini kelas membincangkan definisi psikologi pendidikan. Ia juga boleh didefinisikan "the scientific study of the way the human mind works and how it influences behavior, or the influence of a particular person's character on their behaviour". (Cambridge International Dictionary of English, p.383). "1. Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan"; "2. Pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu"; "3. Kebijaksanaan memahami sifat manusia". (Kamus Dewan, edisi Ketiga. 1060).

Berikut adalah nota yang boleh dirujuk dari kelas Ms. Chin:
Sila klik link ini...http://adec.um.edu.my/code/mod/resource/view.php?id=10154

Saturday, July 5, 2008

Sesi 1- Pengenalan PXGT6102

Pensyarah : Cik Chin Hai Leng
Tempat : Makmal Komputer 2
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 am - 2.00 pm

Sesi pertama adalah pengenalan kepada tajuk-tajuk yang akan dibincangkan di dalam Semester ini. Semua perbincangan adalah berdasarkan proforma yang telah diberikan. Kelas telah membangunkan satu Yahoo Group dan satu tapak perbincangan di dalam http://adec.um.edu.my/code.